
5 Langkah Mudah Buat CV Yang Mengagumkan
Anda tahu tak, CV adalah antara dokumen pertama yang majikan tengok sebelum buat keputusan untuk panggil anda ke temuduga? Penulisan yang kemas dan profesional boleh jadi kunci utama untuk buka pintu kerjaya impian anda. Bayangkan kalau penulisan anda terus menarik perhatian majikan, peluang anda pasti lebih cerah! Jadi, jom tengok 5 langkah mudah untuk hasilkan penulisan yang benar-benar mengagumkan.
1,Gunakan Format Yang Kemas Dan Jelas
Pastikan ianya mudah dibaca dengan font seperti Arial atau Times New Roman. Saiz tulisan? 11 atau 12 dah cukup. Format yang teratur akan buat majikan lebih senang memahami latar belakang anda. 40% majikan hanya ambil masa kurang 1 minit untuk menilai. Seorang klien saya pernah tukar format penulisan, dan dalam seminggu dia dapat tiga tawaran kerja! Ingat, Kemas dan teratur adalah langkah pertama menuju kejayaan.
2.Mulakan Dengan Ringkasan Diri
Bahagian ini adalah ruang untuk anda tunjukkan siapa anda. Nyatakan pengalaman kerja, kemahiran utama, dan matlamat kerjaya anda dengan ringkas tapi padat. Dengan adanya ringkasan diri ianya mampu meningkatkan peluang temuduga sebanyak 30%. Saya pernah bantu seorang rakan tulis ringkasan diri, dan dia terus dipanggil oleh syarikat impiannya. Betul kata orang, First impression lasts forever.
3.Highlight Pengalaman Yang Relevan
Majikan nak tahu pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Elakkan masukkan semua pekerjaan, terutama yang tak relevan. 75% majikan cari pengalaman kerja yang sesuai dengan keperluan jawatan. Contohnya, seorang kenalan saya berjaya mendapat kerja selepas menonjolkan projek besar yang pernah dia buat. Hanya yang penting akan mendapat perhatian.
4.Masukkan Kemahiran Yang Sesuai
Nyatakan kemahiran teknikal atau soft skills yang berkaitan dengan jawatan. Contohnya, kalau mohon kerja dalam bidang IT, pastikan kemahiran seperti pengaturcaraan atau analisis data ada dalam penulisan. Majikan suka calon yang jelas tentang kemahiran mereka. Saya pernah bantu seorang pelajar tambah senarai kemahiran, dan dia terus dapat tawaran internship! Memang betul, Kemahiran yang sesuai adalah kunci utama kejayaan.
5.Pastikan Bebas Kesilapan
Kesilapan kecil seperti ejaan atau tatabahasa boleh buat majikan hilang minat. Jadi, periksa betul-betul sebelum hantar. 58% majikan tolak CV dengan kesilapan ejaan. Saya pernah dengar kisah seorang calon yang ditolak hanya kerana salah ejaan! Betullah kata orang, Perhatian kepada perincian mencerminkan profesionalisme.
Penulisan yang hebat boleh jadi batu loncatan untuk kerjaya anda. Jangan ambil mudah, pastikan penulisan anda tersusun dan bebas dari kesilapan. Peluang keemasan tak selalu datang dua kali, jadi pastikan anda bersedia!
Lawati www.workvow.com untuk dapatkan bantuan menulis CV profesional anda hari ini!
