
5 Tips Mudah Untuk Buat Resume Yang Wow
Anda tahu tak, resume adalah dokumen paling penting bila anda nak mohon kerja? Majikan biasanya cuma ambil masa beberapa saat untuk tengok sama ada penulisan anda berbaloi untuk dibaca atau tidak. Sebab tu, anda kena pastikan pnulisan anda bukan sahaja lengkap, tapi juga nampak wow! Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa tips mudah untuk memastikan penulisan anda standout dari yang lain.
1.Mulakan Dengan Rekaan Yang Simple Tapi Profesional
Jangan terlalu berlebihan dengan warna atau grafik. Gunakan font yang mudah dibaca seperti Arial atau Calibri. Saiz fon? Pastikan ia tak terlalu kecil (minimum 11pt). Contoh: Resume dengan latar putih dan sedikit aksen warna biru selalu nampak kemas dan menarik perhatian.
2.Ringkaskan Info Tapi Penuh Impak
Bahagian ringkasan diri anda kena padat dan power. Contohnya, “Pakar IT dengan pengalaman 5 tahun dalam membina sistem yang meningkatkan efisiensi syarikat sebanyak 30%.” Fakta seperti ini bukan sahaja menunjukkan pengalaman anda, tapi juga hasil kerja anda.
3,Highlight Pencapaian, Bukan Tugas Biasa
Daripada tulis “Menguruskan projek syarikat,” cuba tambah impak seperti “Menguruskan projek bernilai RM500K dan menyiapkannya 2 minggu lebih awal dari tarikh akhir.” Siapa yang tak teruja tengok pencapaian macam ni?
4.Pastikan Isi Kandungan Relevan Dengan Jawatan Yang Dipohon
Sesuaikan pengalaman kerja dan kemahiran anda dengan deskripsi kerja. Contohnya, kalau nak mohon kerja dalam pemasaran, tekankan kemahiran seperti “media sosial,” “analisis data,” atau “strategi kempen kreatif.” Ini akan buat anda nampak lebih sesuai untuk jawatan tersebut.
5,Gunakan Kata Kunci Yang Tepat
Banyak syarikat sekarang guna sistem ATS (Applicant Tracking System). Kalau penulisan anda tak ada kata kunci yang sesuai, ia mungkin terus ditolak sebelum sampai ke meja HR. Sebagai contoh, jika jawatan memerlukan “kemahiran komunikasi,” pastikan anda guna frasa itu dalam resume anda.
Penulisan yang wow boleh jadi kunci kepada peluang kerjaya impian anda. Jadi, pastikan anda ikut tips ini dan kemas kini penulisan anda hari ini juga! Ingat, penulisan yang hebat bukan sahaja tentang apa yang anda tulis, tapi bagaimana anda menyampaikannya.
Lawati www.workvow.com untuk dapatkan bantuan profesional dan jadikan resume anda luar biasa!
