Cara Buat Resume Yang Menarik Untuk Kerja Pertama 2025

Cara Buat Resume Yang Menarik Untuk Kerja Pertama 2025

Pernah tak anda terfikir kenapa ramai fresh graduate susah nak dapat kerja walaupun cara buat resume dah kemas dan hantar puluhan permohonan kerja? Jawapannya mudah, resume mereka gagal menarik perhatian.

Resume bukan sekadar senarai pengalaman atau kelulusan. Ia adalah tiket pertama untuk menembusi dunia pekerjaan, terutamanya untuk anda yang baru nak bermula. Tahun 2025 dijangka lebih mencabar, dengan persaingan kerja semakin tinggi dan permintaan terhadap calon yang bernilai tambah semakin meningkat.

Resume anda adalah cermin diri anda, ia perlu jelas, kemas dan mampu bercerita bagi pihak anda. Kalau left brain suka data dan susunan yang logik, right brain pula nak rasa “klik” dengan isi yang relatable dan menyentuh emosi.

Bayangkan resume anda membuat HR senyum dan berkata “Yes, calon ni unik. Aku nak temuduga dia.” Itu matlamat kita. Artikel ni akan tunjuk cara buat resume yang bukan sekadar menarik, tapi juga memikat dan meyakinkan, khas untuk mereka yang baru nak bina langkah pertama dalam dunia kerjaya.

 

1. Mulakan Dengan Profil Diri Yang Padat Dan Menarik

Profil ringkas di bahagian atas resume anda umpama pembuka bicara. Ia menentukan sama ada recruiter nak baca lanjut atau tidak. Indeed melaporkan bahawa secara purata, majikan melihat resume selama 6 hingga 7 saat sahaja.

Saya pernah bantu seorang pelajar UiTM tulis profil ringkas yang bunyinya begini: “Graduan Komunikasi Massa yang aktif dalam organisasi kampus dan berpengalaman sebagai sukarelawan media sosial untuk NGO tempatan. Berminat dalam bidang pemasaran digital dan penulisan kreatif.”

Hasilnya? Dia dapat temuduga internship dalam seminggu!

Tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau tak menarik, memang tak akan dibaca.

 

2. Fokus Pada Kemahiran Yang Relevan, Bukan Apa Yang Popular

Sebagai pencari kerja pertama kali, pengalaman anda mungkin terhad. Tapi kemahiran ada banyak! 94% majikan percaya bahawa pengambilan berasaskan kemahiran lebih baik dalam meramalkan prestasi kerja berbanding resume tradisional.

Contohnya, walaupun anda tiada pengalaman kerja, tapi pernah urus projek kelab University guna Microsoft Excel dan Canva, itu adalah nilai!

Kalau takda pengalaman, bawa kemahiran ke depan.

 

3. Gunakan Format Profesional Yang Mudah Dibaca

Jangan main letak semua benda dalam resume. Pilih format yang clean dan teratur. Resume yang guna font mudah dibaca (Contoh : Calibri, Arial) dan susunan kronologi mendapat lebih banyak perhatian recruiter.

Saya pernah lihat resume dengan tiga warna, gambar kartun dan font pelik terus ditolak oleh HR walaupun kelayakan dia okay.

Dalam resume, less is more.

 

4. Tukar Aktiviti Kampus Jadi Nilai Profesional

Aktiviti anda semasa belajar banyak sebenarnya boleh dijadikan pencapaian. Pelajar yang aktif dalam organisasi kampus 30% lebih mudah diterima bekerja kerana menunjukkan soft skills seperti kepimpinan dan kerja berpasukan.

Anda pernah jadi bendahari kelab? Tulis: “Mengurus bajet tahunan kelab RM5,000 dengan laporan kewangan lengkap setiap semestar”

Setiap pengalaman ada nilainya, yang penting tahu cara tulisnya.

 

5. Guna Bahasa Yang Profesional Tapi Mesra

Bahasa resume perlu formal, tapi jangan sampai berbunga-bunga atau terlalu kayu. Resume yang guna ayat aktif (“Saya menyelia…”, ” Saya menghasilkan…”) lebih meyakinkan berbanding ayat pasif.

Saya ubah ayat pelajar dari “Terlibat dalam event kampus” kepada “Mengurus acara kampus yang melibatkan 200 peserta”  terus nampak impak! Jelas, padat dan bermakna itu bahasa resume yang berjaya.

 

6. Sesuaikan Resume Dengan Jawatan Yang Dipohon

Satu resume untuk semua kerja? Jangan buat begitu ya. 63% recruiter lebih cenderung memilih resume yang spesifik kepada jawatan yang dipohon.

Ada kawan saya seorang ni dia apply untuk dua syarikat, satu guna resume umum satu lagi guna resume khas untuk jawatan Admin Assistant. Dia hanya dipanggil temuduga dari resume khas tersebut.

Kalau nak masuk pintu yang betul, kenalah guna kunci yang sesuai.

 

7. Jangan Lupa Sertakan Maklumat Tambahan Yang Menyokong

Tambahkan info seperti kursus tambahan, sijil atau portfolio jika ada. Linkedin mendapati 47% majikan suka calon yang aktif menambah ilmu luar kuliah. Anda ada sertai kursus Google Digital Garage atau ambil sijil Adobe Illustrator? Letak saja! ini akan memberikan anda kelebihan.

Resume ni bukan sekadar apa anda belajar, tapi juga usaha luar biasa yang anda buat.

 

8. Semak Ejaan & Format Sebelum Hantar

Kesalahan kecil boleh beri kesan besar. 58% resume ditolak hanya kerana kesalahan ejaan. Ada seorang calon ni dia tulis “resign” (berhenti kerja) padahal dia maksudkan “design”, terus dapat rejection email.

 

Resume yang menarik bukan lahir dari pengalaman semata-mata, tapi daripada strategi, penyusunan maklumat yang bijak dan gaya penyampaian yang meyakinkan.

Untuk anda yang baru  nak mulakan langkah pertama dalam kerjaya, jangan takut walaupun tiada pengalaman. Resume anda boleh jadi tiket emas kalau tahu cara susun dan tulis dengan betul.

Anda nak saya bantu untuk siapkan resume yang menarik dan mesra ATS untuk 2025? cara buat resume dengan cara saya? lawati www.workvow.com sekarang!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *