10 Tips Cara Buat Resume Untuk Dapatkan Kerja Dalam Masa 1 Minggu

10 Tips Cara Buat Resume Untuk Dapatkan Kerja Dalam Masa 1 Minggu

Cara buat resume yang betul sebenarnya lebih daripada sekadar menyusun maklumat. Ia adalah senjata pertama anda untuk menembusi pintu masuk dunia kerjaya. Pernah tak anda rasa kecewa, dah hantar berpuluh resume tapi langsung tiada satu pun panggilan temuduga? Mungkin masalahnya bukan pada diri anda, tetapi pada cara penyampaian resume anda.

Resume bukan hanya sehelai kertas kosong. Ia gambaran siapa anda, apa kelebihan anda dan kenapa majikan patut pilih anda. Jadi, kalau anda masih cari kerja dan rasa susah nak dapat peluang, mungkin dah tiba masa untuk belajar cara buat resume yang betul-betul boleh menjual diri anda.

Bayangkan kalau dengan satu resume yang power, anda boleh dipanggil temuduga dalam masa seminggu. Tak mustahil dengan strategi yang betul, ia boleh jadi kenyataan. Jom kita tengok 10 tips penting yang boleh bantu anda cipta resume yang bukan sahaja menarik, tetapi terus dapat perhatian majikan!

 

1.Gunakan Format Yang Bersih Dan Profesional

Majikan hanya ambil 6 saat untuk tengok sama ada resume anda layak atau tidak, Pastikan susunan kemas dan mudah dibaca. Elakkan warna pelik, font yang terlalu artistik atau layout berterabur.

Resume dengan format profesional meningkat 60% peluang dipanggil temuduga. Ramai graduan yang saya bantu hanya ubah format sahaja dan dalam masa seminggu terus dapat 2-3 panggilan temuduga.

 

2.Fokus Pada Pencapaian Dan Bukan Sekadar Tugas

Daripada tulis “Menguruskan Jualan” tukar kepada “Meningkatkan jualan sebanyak 30% dalam 3 bulan.” Majikan nak tahu impak dan bukan sekadar tanggungjawab.

Recruiter ni suka ayat berasaskan pencapaian. Contohnya, seorang client saya tukar 3 ayat tugas kepada bentuk pencapaian dan resume dia terus dipanggil ke temuduga GLC.

 

3.Guna Kata Kunci Yang Sesuai

Banyak syarikat guna sistem ATS untuk tapis resume secara automatik. Tanpa keyword yang betul, resume anda mungkin tak dibaca langsung oleh manusia.

75% resume ditolak sistem ATS sebab tiada keyword. Masukkan perkataan seperti “pengurusan projek,” “pemasaran digital” atau “Microsoft Excel” jika releven.

 

4.Tulis Ringkasan Diri Yang Power Di Atas Sekali

Bahagian ringkasan atau profil diri adalah ruang terbaik untuk pikat majikan dalam beberapa baris pertama. Majikan akan baca ringkasan dahulu sebelum bahagian lain.

Contoh: “Seorang graduan HR dengan minat mendalam dalam analitik data dan pengalaman internship di syarikat multinasional.”

FIRST IMPRESSION MATTERS.

 

5.Sesuaikan Resume Dengan Iklan Kerja

Jangan hantar satu resume untuk semua kerja. Tukar isi mengikut keperluan jawatan. Resume yang disesuaikan mengikut iklan kerja ada 3 kali ganda peluang dipanggil temuduga. Seorang pengguna WorkVow dapat kerja dalam 4 hari sebab resume dia tailor-made untuk jawatan tersebut. Be the solution they are looking for.

 

6.Elakkan Kesalahan Ejaan & Tatabahasa

59% HR tolak resume dengan kesalahan ejaan. Guna Grammarly atau semak dengan kawan sebelum hantar. Ingat, Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

 

7.Sertakan Pautan Portfolio (Jika Ada)

Kalau anda designer, penulis, atau buat kerja kreatif, tambah pautan ke portfolio anda seperti Behance, LinkedIn atau website sendiri. Resume dengan pautan portfolio dapat perhatian 70% lebih tinggi. Seorang klien saya letak link Canva portfolionya dan terus dipanggil oleh agensi marketing. Show, don’t just tell.

 

8.Guna Bahasa Yang Aktif & Padat

Jangan tulis “Saya ditugaskan untuk…” Tukar kepada “Menguruskan pasukan jualan 5 orang.” Resume dengan bahasa aktif meningkatkan keterbacaan 40%. Elakkan ayat pasif seperti “telah dilatih,” “telah dihantar.”

 

9.Letakkan Pengalaman & Pendidikan Secara Strategik

Kalau pengalaman kerja lebih kuat, letak di atas. Kalau masih baru, letak pendidikan dahulu. Susunan resume boleh mempengaruhi persepsi awal. Graduan baru boleh letak pengalaman internship di bahagian atas untuk tonjolkan diri. It’s not what you have, it’s how you show it.

 

10.Jangan Lupa Sertakan Maklumat Hubungan Yang Jelas

Nama, nombor telefon, email aktif dan jika perlu LinkedIn. Kadang-kadang resume ditolak sebab maklumat hubungannya tak lengkap atau tak betul. Ramai tak perasan email yang digunakan ialah akaun lama atau tersalah taip nombor telefon.

 

Sekarang anda dah tahu cara hasilkan resume yang boleh bantu anda dapatkan kerja secepat mungkin. Ingat, resume bukan sekadar kertas, tapi representasi nilai diri anda. Dengan 10 tips ini, anda dah ada senjata lengkap untuk menyerlah dalam timbunan calon lain.

Jangan tunggu lagi, mula ambil tindakan sekarang! Nak resume anda nampak profesional dan berkesan? Dapatkan bantuan dari pakar resume di www.workvow.com dan tingkatkan peluang anda hari ini juga dengan cara buat resume yang betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *