Perbezaan Antara CV Dan Resume Yang Anda Kena Tahu

Perbezaan Antara CV Dan Resume Yang Anda Kena Tahu

Pernah tak anda tertanya-tanya CV dan resume ni dalam kepala anda “Saya nak mohon kerja, tapi patut hantar CV atau resume?” Soalan ini mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya sangat penting. Salah faham antara dua dokumen ini boleh buat majikan keliru dan akhirnya, permohonan anda terus diletak ke tepi.

Kenapa isu ini penting? Sebab setiap syarikat dan industri ada keperluan berbeza. Ada yang nak tengok segala maklumat lengkap anda (macam CV), dan ada pula hanya mahu lihat maklumat yang ringkas, padat, dan relevan (macam resume). Jadi kalau anda tersilap, anda mungkin hilang peluang sebelum sempat ditemuduga.

Bayangkan jika anda tahu betul beza antara CV dan resume ni, anda boleh pilih dokumen yang sesuai, susun maklumat yang betul, dan hasilkan satu dokumen yang memikat hati majikan dalam masa kurang dari 10 saat bacaan pertama. Jom kita tengok dengan lebih mendalam.

 

1.Panjang Dokumen: Ringkas Atau Terperinci?

  • CV: Lebih panjang, lengkap, dan tiada had muka surat.
  • Resume: Ringkas, fokus, dan biasanya 1 hingga 2 muka surat.

70% majikan lebih suka resume kerana mudah dibaca cepat. Bayangkan anda sedang baca dua buku, satu ensiklopedia dan satu nota ringkas. Mana satu anda pilih jika anda hanya ada 5 minit? Sama juga dengan majikan. Kalau jawatan yang dipohon tak perlukan maklumat menyeluruh, resume adalah pilihan lebih bijak.

Keep it short, but significant.

 

2.Kandungan Dan Gaya Penulisan

  • CV: Senaraikan SEMUA – pendidikan, pengalaman, penerbitan, anugerah, dan aktiviti.
  • Resume: Pilih yang paling relevan sahaja dengan kerja yang dipohon.

Resume yang fokus kepada keperluan jawatan boleh meningkatkan peluang temuduga sebanyak 40%. Saya pernah bantu seorang klien yang mohon jawatan sebagai pereka grafik. CV asalnya penuh dengan sejarah akademik, tapi tiada satu pun projek grafik ditonjolkan. Selepas ubah ke format resume yang fokus kepada projek grafik, dia dapat 2 temuduga dalam seminggu.

Sediakan payung sebelum hujan, pastikan kandungan sesuai dengan keperluan kerja.

 

3.Tujuan Kegunaan

  • CV: Sesuai untuk kerja akademik, penyelidikan, atau permohonan luar negara.
  • Resume: Sesuai untuk permohonan kerja biasa, swasta, dan kerajaan dalam negara.

Di UK dan Malaysia, istilah “CV” sering digunakan secara umum, tapi di US, “resume” lebih popular. Walaupun begitu, struktur tetap berbeza!

Pensyarah yang mohon dana penyelidikan akan gunakan CV penuh termasuk senarai jurnal, projek, dan pensijilan. Tapi seorang graduan baru dalam bidang IT hanya perlu resume yang tunjukkan kemahiran coding dan projek mini. Dokumen yang salah boleh batalkan segala usaha.

 

4.Susunan Dan Format

  • CV: Selalunya dalam urutan kronologi – bermula dengan pendidikan dan pengalaman kerja.
  • Resume: Lebih fleksibel – boleh guna susunan berdasarkan kemahiran atau keperluan jawatan.

Resume yang disusun mengikut “functional format” sesuai untuk mereka yang baru bertukar bidang.

Contoh klien, Farah baru tukar kerjaya dari guru ke pemasaran digital. CV dia banyak cerita pasal mengajar. Tapi dalam resume, kita susun berdasarkan “kemahiran pemasaran” dulu, baru latar belakang pendidikan. Hasilnya? Dia dapat panggilan temuduga dalam masa 10 hari.

Seni menyusun maklumat adalah seni mencuri perhatian.

 

5.Kemaskini Dan Penyesuaian

  • Resume: Mudah diubah suai ikut jawatan yang dipohon.
  • CV: Jarang diubah – biasanya kekal dan dikemaskini bila perlu.

Calon yang mengubah resume ikut setiap jawatan, 3x lebih tinggi peluang dipanggil temuduga. Setiap kali anda mohon kerja baru, pastikan resume anda diubah ikut deskripsi kerja. Highlight apa yang majikan cari bukan semua yang anda pernah buat.

Sampaikan yang mereka mahu tahu, bukan semua yang anda tahu.

 

Kesimpulannya, CV dan resume bukan sekadar dua nama berbeza tapi dua dokumen dengan fungsi yang sangat berbeza. Gunakan CV untuk tujuan akademik dan luar negara. Gunakan resume untuk permohonan kerja dalam industri yang lebih praktikal.

Ingat, pilihan yang betul boleh percepatkan peluang kerja anda.

Dah bersedia nak cipta CV dan resume yang padat, menarik, dan profesional? Serahkan pada kami! Klik sekarang ke www.workvow.com dan biar kami bantu anda serlahkan kelebihan anda di atas kertas!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *